WANG "TUHANTU”
Dentuman sang guruh dilangit, sambaran sang halilintar umpama maki hamun ayah kepadaku. Sungguh ayah tidak menyangka perbuatanku. Ayah memukulku. Tali pinggang itu. Tali pinggang itu telah menjamah tubuh kurusku. Aku lemah tak bermaya. Ibu menangis di sudut rumah. Adik duduk di sisi ibu dengan wajah ketakutan. Kemarahan ayah mengecutkan perut siapa-siapa saja yang berada di mahkamah tidak rasmi tatkala itu. Tiada hakim. Tiada peguam bela. Aku menangis teresak-esak. Namun esakkanku tidak mengamit sedikit pun rasa kasihan ayah. Juraian airmata ibu umpama hujan lebat yang menyimbah bumi tatkala itu. Ibu hanya mampu menggeleng. Tidak sedikit pun ibu melarang ayah dari terus memukulku. Ku lihat mata ayah berkaca dan bakal menghasilkan mutiara-mutiara halus. Ya Allah, aku amat berdosa.
Sarah binti Zakaria. Itulah namaku. Nama yang sering menjadi buah mulut para guru di sekolah kerana acapkali memperoleh markah yang tinggi dalam setiap ujian. Aku tersenyum bangga. Begitu juga kedua orang tua. Aku merupakan anak sulung dari tiga adik-beradik. Keluarga menaruh harapan yang tinggi kepadaku. Sungguh aku bersemangat tika itu. Aku berjanji untuk mengubah tahap ekonomi keluargaku. Aku berjanji akan meneruskan perjuanganku hingga ke menara gading. Azamku yang menggunung tinggi itu ku coretkan ke sebuah buku usang yang begitu besar maknanya padaku. Buku itu adalah pemberian ayah yang pertama setelah aku memperoleh keputusan yang cemerlang dalam STPM. Walaupun buku itu hanyalah buku biasa, tapi aku menyayanginya umpama buku itu emas.
Berbekalkan keputusan STPM yang cemerlang, aku telah dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA di ibu kota. Aku sangat gembira kerana impianku hampir menjadi kenyataan. Ibu kelihatan berat sekali untuk membenarkanku pergi kerana ibu bimbang dengan masalah ekonomi. Namun aku berusaha memujuk ibu dengan menyatakan bahawa inilah satu-satunya peluang untuk mengubah ekonomi keluarga. Akhirnya ibu bersetuju. Ayah hanya mampu tersenyum hambar. Seperti ada sesuatu yang sedang bermain di benak fikirannya. Aku tatap wajah kedua orang tuaku. Aku berjanji akan berusaha keras demi keluarga penoreh getah ini. Inilah janji seorang anak sulung kepada keluarga. Aku nekad.
Hampir sebulan aku telah meninggalkan kampung halaman untuk belajar di menara gading. Aku sangat gembira. Aku mendapat wang bantuan untuk melanjutkan pelajaranku. Aku bersyukur kerana ada juga pihak yang prihatin kepada golongan yang sederhana sepertiku. Pelbagai ragam manusia yang aku temui. Ada yang bergaya, ada yang sederhana ada juga yang berbaju kurung sepertiku. Aku cemburu. Namun, segera ku lontarkan jauh-jauh perasaan itu. Niatku ke sini hanyalah untuk belajar dan mengubah nasib keluargaku. Terbayang wajah ahli keluargaku.
Hari-hari berlalu, syaitan tidak putus-putus menggodaku. Aku mula rapat dengan idola bergayaku, lebih-lebih lagi kami telah disatukan dengan satu tugasan berkumpulan. Mary atau nama sebenarnya Mariam. Aku hampir tergelak kerana nama Melayu di mat sallehkan menjadi Mary. Mary merupakan seorang anak ahli perniagaan kelapa sawit terkenal di Malaysia. Melihat dari segi penampilan sudahku ketahui. Mary adalah anak orang berada. Aku dengan Mary banyak perbezaannya, umpama langit dan bumi. Walaupun begitu, Mary tetap ada kelemahan. Mary kekurangan kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Akibat terlalu sibuk dengan kerja anak menjadi mangsa.
Aku mula menjinakkan diri dengan berfesyen seperti Mary. Mary yang membelikan semua baju-baju ini kepadaku. Aku adalah insan yang amat bertuah di dunia ketika itu. Wajah kedua orang tuaku semakin kabur. Yang hanya aku nampak baju, gadget dan makanan yang mewah. Aku tidak lagi memandang baju kurung dan aku sudah lupa dengan ikan keli masak lemak yang menjadi kegemaranku. Semuanya ditanggung oleh Mary. Walaupun imej baruku ini menjadi buah mulut orang, aku tidak peduli. Aku seronok bergaya seperti ini. Semua baju-bajuku umpama tidak cukup kain. Paling tidak pun pakaian ku ketat hingga menampakkan semua susuk genit tubuhku. Setiap kali aku lalu di kawasan kolej, ada-ada saja siulan sang jejaka menguratku. Aku bangga dengan penampilan baruku.
Pada malam Ahad, Mary telah mengajakku keluar makan. Pada mulanya aku keberatan tetapi setelah pujuk rayu Mary aku pun bersetuju. Mary memakai pakaian yang amat seksi. Dia menyuruhku memakai baju yang begitu juga. Mary tersenyum puas melihat penampilanku. Aku sedikit bangga kerana Mar